"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Wednesday, June 29, 2011

PERBETULKAN NIATMU AGAR IA MENJADI SATU IBADAH


Niat adalah satu perkara amat penting dalam melakukan sesuatu tindakan. Niat akan memandu arah tujuan kita yang sebenar. Oleh itu ,jika kita lihat dalam Matan Arbai’en Imam Nawawi (Hadis 40) meletakkan matan hadis yang pertama adalah niat.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap  perbuatan bergantung pada  niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.  (Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Niat juga dapat membezakan sesuatu pekerjaan antara ibadat dan adat. Mengapa saya katakan sedemikian??  Saya nyatakan contoh, tugasan membuang sampah yang  kita lakukan setiap hari, jika kita lakukan tugasan tersebut secara kebiasaan tanpa apa-apa niat ,maka ia akan jadi satu adat kebiasaan yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Namun, jika kita sertakan tugasan tersebut dengan niat kerana Allah untuk menjaga kebersihan dan sebagainya, kita akan memperoleh pahala dan ia akan menjadi satu ibadah, maka dengan niat kerana Allah itu akan membezakan antara ibadat dan adat.

Justeru itu,  peranan niat dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Mengarahkan niat untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah amat sukar sekali, namun kita perlulah mendidik jiwa untuk sentiasa ingat pada Allah SWT. Saya masih ingat lagi sewaktu saya menyertai proram SOUL POWER, kami di ajar untuk selalu meminta izin dari Allah atas segala pekerjaan yang bakal kita lakukan, ya, pelik bukan ayat ini, namun ia memang benar kerana kita berada di atas dunia ini adalah pinjaman sementara dari Allah S.W.T. Jadi, besyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita walaupun kita sebenarnya kadang-kadang tidak mengiktiraf Allah Pemberi segala nikmat,kita kadang-kadang menyandarkan nikmat yang kita dapat atas usaha kita,kita sandarkan atas kepandaian kita dan sebagainya. Sedarlah sahabat-sahabat ..semuanya adalah dengan izin Allah,rahmat dan rezeki dari- Nya.

~salam isra’mikraj~
~salam ukhuwah sekencang dakwah~

Friday, June 24, 2011

JAGALAH HATIMU..supaya cahayamu tidak berkurangan..


       Berfikir  sejenak bagaimanakah idea perlu  disampaikan..dan akhirnya ia terjawab dalam muhadharah Syeikh Hussein Al- Ashry pagi semalam..Syeikh memberi perumpamaan, ada seorang perempuan yang rumahnya bersebelahan dengan Menteri Besar,tentunya perempuan itu akan usaha untuk menjaga  adap dan perlakuannya supaya dirinya tidak menimbulkan masalah dan kontrovesi  berbeza dengan orang yang rumahnya jauh dari Menteri Besar,tentunya dia bebas melakukan apa-apa sahaja.. Begitulah dalam kehidupan kita, ada orang yang pada dirinya bila melakukan maksiat, baginya itu adalah perkara biasa serta  tiada rasa bersalah dalam diri..  dia tidak merasakan Allah sentiasa bersamanya dan sebenarnya  dia telah jauh dari Allah SWT , berbeza dengan seseorang yang apabila mula mahu melakukan perkara dilarang agama ,dia rasa bersalah serta merasakan  dirinya sedang diawasi dan diperhati..dan bersyukurlah kerana Allah berada hampir dengan kita dan masih sayangkan kita daripada melakukan maksiat terhadap Allah.

      Syeikh Hussain meneruskan lagi tazkirahnya..dalam diri manusia ada 2 elemen penting iaitu jasad yang diciptakan dari tanah dan ruh diciptakan dari langit. Orang yang banyak melakukan maksiat adalah orang yang banyak memberi makan pada jasadnya maka dengan ini, seseorang akan terdorong cintakan dunia lebih dari akhirat serta jauh dari Allah  berbeza dengan orang yang banyak memberi ruhnya  makan dengan tarbiyah ruhiyyah seperti qiamullail ,mambaca al-Quran dan melakukan perkara yang baik, maka hatinya terdorong untuk mendapat ganjaran akhirat  dan insyallah dirinya hampir dengan Allah.
Syeikh Hussain memperdengarkan ayat :35 surah An-Nur

35. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[1039]. Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain.

[1040]. Maksudnya: pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.
       Allah swt memberi cahaya keimanan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Apabila sesorang melakukan kebaikan maka bertambahlah cahaya  kebaikan padanya.Syeikh memberi contoh, ada sebiji  lampu  .. semakin kita dekat dengan lampu semakin terang cahaya yang kita dapat,tapi semakin  jauh kita dengan lampu, maka semakin sedikit cahaya yang kita dapat.

      Kesimpulan daripada tazkirah Syeikh Hussain tadi , saya meyeru sahabat-sahabat untuk sama –sama kita menambah amalan  seharian kita dengan ibadah-ibadah sunat dan amalan –amalan yang dapat memperbesarkan ruh kita,menambahkan cahaya keimanan kita  serta menguatkan jiwa kita daripada melakukan perkara yang mengundang  titik hitam dalam hati . Semoga kita semua dipelihara kehidupan kita oleh Allah SWT di dunia dan akhirat..ammeen
~apa yang baik kita ambil..yang buruk kita tolak ketepi..~

Thursday, June 16, 2011

UTUSAN HINA SYARIAT ISLAM

Lagi kecam Utusan hina syariat Islam
Aslani   
KOTA BHARU, 15 Jun: Ketika pemimpin Umno masih ‘trauma’ pendekatan baru diperkenal PAS, Negara Berkebajikan, tiba-tiba Utusan Malaysia menyiarkan kartun disifatkan menghina syariah Islam.
Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam.
Ekoran itu Pemuda PAS Kelantan turut tampil mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit hari ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jelas sekali mesej yang cuba disampaikan Utusan betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.
Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.
Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima.
Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.
Dalam perkembangan lain katanya, menteri yang menjaga agama pula membuktikan tiada kes murtad di Kelantan sejak 10 tahun lalu.
“Ini menggambarkan pentadbiran berteras Islam di negeri ini berjaya mengekang gejala tersebut, sedangkan mahkamah syariah di negeri lain menerima 863 kes murtad dalam tempoh tersebut,” ujarnya.
Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai pemohonan murtad sepanjang 10 tahun lalu.
Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri dan seluruh umat Islam di atas kejayaan mengekang gejala muryad yang sedang melanda negara sekarang.
“Ini ada hubung kaitnya dengan kejayaan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan kerajaan negeri semenjak 1990,” katanya.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan statistik  perrmohonan murtad di seluruh negara daripada tahun 2000 hingga 2010.
Dalam tempoh tersebut sebanyak 863 permohonan direkodkan di Sabah dengan 238 kes, Negeri Sembilan (172 kes) dan Selangor (99 kes).
SUMBER:  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3816-lagi-kecam-utusan-hina-syariat-islam
Bookmark and Share

Monday, June 13, 2011

15 ilmu yang harus dikuasai oleh seorang pentafsir Al- Quran


Sebahagian ulama berkata “Para manusia berbeza pendapat  tentang penafsiran Al-Quran, bolehkah setiap orang berbicara tentangnya?” Ada kelompok kaum berkata “Tidak diperbolehkan bagi setiap orang menafsirkan  sesuatupun dari Al- Quran,walaupun dia memiliki ilmu , ahli sastera dan faqih dalam dalil-dalil,fiqh ,nahu, sejarah, dan riwayat. Dia tidak memiliki hak kecuali sejauh apa yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w. tentang hal itu.” Di antara mereka juga ada yang berkata : “Harus menafsirkan Al-Quran bagi orang yang padanya terkumpul  15 ilmu iaitu :

1.       Ilmu Lughah: ilmu bahasa kerana dengan ilmu inilah diketahui penjelasan kosa kata dan makna –maknanya. Mujahid berkata “Tidak halal bagi seseorang yang beriman pada Allah dan hari akhirat untuk berbicara tentang kitab Allah kecuali jika dia adalah orang yang memiliki ilmu tentang Bahasa Arab,” dan Imam Malik juga menyebutnya.Tidak cukup baginya mengetahui hanya sebahagian kecil dari ilmu ini, kerana kadang-kadang sebuah kata itu termasuk dalam kategori mushtarak , sedangkan dia hanya mengetahui salah satu maknanya  dan tidak mengetahui makna lainnya.

2.       Ilmu Nahu : ilmu ini perlu diketahui kerana makna akan berubah mengikut perubahan I’rab. Maka ilmu ini harus dipelajari.

3.       Ilmu Sorof : dengan ilmu ini kita mengetahui wazan-wazannya. Az Zamahsyari berkata :  “Contoh tafsir-tafsir yang baru adalah pendapat  orang yang mengatakan bahawa makna kata: الامام pada firman Allah S.W.T : : : يوم ندعوا كل اناس بامامهم   ([Ingatlah] suatu yang di hari itu, Kami panggil tiap ummat dengan pemimpinnya) ayat 71 surah Al- Isra’, adalah bentuk jamak dari kata  أم  dan bahawa pada hari kiamat nanti, manusia akan dipanggil dengan ibu-ibu mereka, bukan dengan bapak-bapak mereka. Ini adalah kesalahan yang disebabkan oleh ketidak tahuannya dalam bidang sorof kerana sesungguhnya kata : أمtidak dijamakkan dengan kata امام.

4.       Ilmu Istiqaq (bentuk asal kata) , kerana suatu kata itu berasal dari kata akar yang berbeza  maka akan berbeza pula maknanya, seperti kata : المسيح misalnya, adakah kata asalnya :السياحة(perjalanan di muka bumi) atau dari kata : المسح (menghapus)

5.       Ilmu Ma’ani  iaitu dengan mengetahui ciri-ciri khas susunan-susunan perkataan dari aspek penyampaian maknanya

6.       Ilmu Bayan iaitu mengetahui cirri-ciri khas dari sudut perbezaan-perbezaan yang dilihat  dari aspek kekuatan dan kesamaran petunjuknya.    
     
7.       Ilmu Badi’ iaitu dari sudut memperindahkan sesuatu perbicaraan dan ilmu ini dekenali juga ilmu balaghah.Ilmu ke 5,6,7 ini adalah ilmu –ilmu yang paling berpengaruh yang harus dipelajari oleh seorang pentafsir Al-Quran kerana para pentafsir perlu memperhatikan aspek kemukjizatan Al-Quran. Kemukjizatan itu diketahui melalui ilmu ini.
Az-Zahmahsyari berkata : “Di antara kewajipan seorang yang mentafsirkan Kitab Allah yang sangat indah dan kalamNya yang merupakan  mukjizat adalah menjaga susunannya sesuai dengan keindahannya , dan balaghahnya sesuai dengan kesempurnaannya  serta tentangan yang ada padanya dalam keadaan bebas dari semua sifat tercela.” 

8.       Ilmu Qiraat iaitu ilmu untuk mengetahui bagaimana cara membaca Al-Quran . Dengan qiraat dapat menetahui makna yang paling kuat yang mungkin terkandung dalam sesuatu ayat.

9.       Ilmu Usuluddin iaitu ilmu yang berkaitan dengan ayat-ayat Al-Quran yang zahirnya menjelaskan apa yang tidak layak bagi Allah s.w.t , maka seseorang yang ahli dalam bidang ini selalu merujuk hal ini dan dia menjadikannya sebagai dalil bagi hal-hal yang mustahil, hal-hal yang wajib dan hal-hal yang boleh.

10.   Ilmu Usul Fiqh iaitu untuk mengetahui metode pengambilan dalil dan ijtihad terhadap sesuatu hukum.

11.   Ilmu Asbabul Nuzul  dan kisah-kisah iaitu mengetahui  sebab turunnya ayat, maka ketahuilah makna ayat ini sesuai dengan keadaan yang merangkumi turunnya ayat.

12.   Ilmu nasakh dan mansukh iaitu mengetahui ayat muhkam (ayat  tidak dinasakhkan) dan yang lainnya.

13.   Ilmu Fiqh iaitu mengetahui  pegangan dan pandangan mazhab-mazhab.

14.   Ilmu Hadis iaitu mengetahui  hadis-hadis yang menjelaskan penafsiran ayat yang mujmal (jelas) dan mubham (samar) .

15.   Ilmu Al-Muhibah(pemberian) iaitu ilmu yang diberikan Allah kepada orang yang mengamalkan apa yang dia ketahui. Inilah yang yang disyaratkan oleh sebuah hadis : “Sesiapa yang melaksanakan apa yang dia ketahui , maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu-ilmu yang belum dia ketahui,”

Az Zarkasyi berkata di dalam Al-Burhan : “Ketahuilah bahawa seseorang yang mengkaji mana-mana wahyu itu tidak mungkin mengetahuinya dan  tidak mungkin tersingkap rahsia-rahsianya kepada dirinya jika di dalam hatinya bersarang bid’ah, kesombongan, hawa nafsu atau kecintaan terhadap dunia atau dia sentiasa melakukan perbuatan dosa atau tidak sempurna imannya atau lemah praktiknya atau berpandukan  kepada pendapat seorang ahli tafsir yang tidak dia ketahui atau berpandukan otaknya. Semua ini adalah penghalang , di mana sebahagiannya lebih kuat daripada yang lainnya,” 

Rujukan : Al-Itqan Ulum Quran Imam Jalaluddin As-Suyuti
               Terjemahan Samudera Ulum Quran
               Mukhtasar Syeikh Hussien Al-Ashry

Friday, June 10, 2011

Mengapa Baitul Maqdis(PALESTIN) jadi pilihan??



Saya menjadi begitu takjub untuk mengupas isu ini, kerana setelah  buku di baca dan di kaji antaranyanya  buku PERANG ARMEGEDDON, kisah-kisah Nabi Ibrahim a.s,Nabi  Ishak a.s, Nabi Yaakub a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Sulaiman a.s. dan bagaimana kaum yahudi dan nasrani wujud. Bukan itu sahaja , video bersiri THE ARRIVALS dan The Devine Book ditatapi sebagai fakta penguat hujah, seterusnya kupasan demi kupasan dari muhadharah Syeikh Hussien Al-Ashry dalam Kitab ITQAN ULUM QURAN oleh pengarang Imam Jalaluddin As-Suyuti, maka saya ingin berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat  mengapa Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) menjadi pilihan yahudi dan nasrani sekarang untuk ditakluki??
Di dalam Al-Quran surah Israa’ ayat 1 disebut :  

1. Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya [847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
[847] Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.

BAGAIMANA WUJUD BAITUL MAQDIS

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya akan ceritakan ringkasan dari kisah Nabi Ishak  a.s. yang saya ambil dari قصص الأنبياء  karangan Syeikh Hassan Ayyub,  Nabi Ishak adalah anak kepada Nabi Ibrahim a.s. yang beribukan Siti Sarah  dan adik kepada Nabi Ismail a.s. yang beribukan Siti Hajar. Firman Allah S.W.T :
 
112. dan Kami beri Dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang Nabi yang Termasuk orang-orang yang saleh. 113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.
 Surah Assaffat: 112 dan 113. 

Nabi Ishak berkahwin dengan Rafqan binti Bitawaiil dan telah dikurniakan anak kembar iaitu )عيص( I’ish yang menjadi bapa kaum Rum dan Yaakub bapa Bani Israel. Nabi Ishak sangat sayang kepada I’ish manakala Rafqan sangat sayang kepada Yaakub.Setelah semakin tua, penglihatan Nabi Ishak semakin kabur. Pada suatu hari, Nabi Ishak meminta anaknya I’ish untuk menghidangkan makanan untuknya dan membuat tawaran secara rahsia akan mendoakan kebaikan untuk I’ish. Tiba-tiba,rahsia itu didengari oleh Rafqan lalu Rafqan segera memberi tahu Yaakub untuk menyediakan makanan untuk ayahnya. Setelah makanan siap dan dihidangkan ,Nabi Ishak lalu mendoakan kebaikan kepada pemilik makanan tadi. 

Setelah hampir sejam berlalu, I’ish datang membawa makanan. Nabi Ishak bertanya, apakah ini anakku?? Aku telah makan dan telah mendoakan pemilik makanan tadi. I’ish merasa sangat marah dan pastinya Yaakub yang beri makanan tersebut dan mengugut untuk membunuh Yaakub setelah ayahnya mati nanti. Lalu Rafqan terus meminta izin Nabi Ishak untuk melepaskan Yaakub melarikan diri ke Hiran,Iraq. Dalam perjalanan ke sana , Yaakub berasa sangat letih dan berhenti rehat seketika dan terus tertidur. Tiba -tiba dia bermimpi ada tangga yang menghubungkan dari langit ke bumi di tempat dia  tidur dan kelihatan  para malaikat bersujud  dan Allah S.W.T berkata kepada Yaakub : “ Aku akan memberi barakah kepadamu,memperbanyakkan zuriyat mu dan menjadikan tanah ini untukmu dan semua pengikutmu”  Apabila Yaakub terjaga dan bernazar pada Allah “ Kalaulah aku selamat pulang ke keluargaku, aku akan bina di sini rumah ibadat untuk Mu Ya Allah,” Kemudian dinamakan pula tempat itu dengan ‘بيت ئيل  atau baitullah, yang mana sekarang dikenali Baitul Maqdis.

Peristiwa Isra’ Mikraj

Seterusnya, saya akan mengupaskan peristiwa Isra’ Mikraj dari rujukan Kitab Al-Rahiq Al-Makhthum (sirah Nabawiyah). Imam Ibnu Qayyim berkata : Rasulullah s.a.w. diisra’kan dengan jasadnya menurut pendapat yang sahih dari masjidil haram ke Baitu Maqdis dengan menunggang Bura’ dan ditemani malaikat Jibril a.s. Di Baitul Maqdis baginda singgah menunaikan solat bersama para nabi dengan baginda sendiri menjadi imam. Binatang bura’ ditambat di pintu masjid.
Kemudian baginda dimi’rajkan pada malam itu juga dari Baitul Maqdis ke langit dunia. Jibril meminta dari Allah agar pintu langit di buka lalu dibukakan untuknya. Di sana baginda melihat Nabi Adam, bapa semua manusia , lalu memberi salam padanya.

Kerajaan Nabi Dawud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. di Baitul Maqdis

78. dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, karena tanaman itu dirusak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu,
79. Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)[966] dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan kamilah yang melakukannya.
80. dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).
81. dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. dan adalah Kami Maha mengetahui segala sesuatu.
[966] Menurut riwayat Ibnu Abbas bahwa sekelompok kambing telah merusak tanaman di waktu malam. Maka yang Empunya tanaman mengadukan hal ini kepada Nabi Daud a.s. Nabi Daud memutuskan bahwa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada yang Empunya tanaman sebagai ganti tanam-tanaman yang rusak. tetapi Nabi Sulaiman a.s. memutuskan supaya kambing-kambing itu diserahkan Sementara kepada yang Empunya tanaman untuk diambil manfaatnya. dan prang yang Empunya kambing diharuskan mengganti tanaman itu dengan tanam-tanaman yang baru. apabila tanaman yang baru telah dapat diambil hasilnya, mereka yang mepunyai kambing itu boleh mengambil kambingnya kembali. putusan Nabi Sulaiman a.s. ini adalah keputusan yang tepat.
Surah Al-Anbiya :78 hingga 81 
  
12. dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula)[1235] dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.
13. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakiNya dari gedung-gedung yang Tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.
[1235] Maksudnya bila Sulaiman Mengadakan perjalanan dari pagi sampai tengah hari Maka jarak yang ditempuhnya sama dengan jarak perjalanan unta yang cepat dalam sebulan. begitu pula bila ia Mengadakan perjalanan dari tengah hari sampai sore, Maka kecepatannya sama dengan perjalanan sebulan.
Surah As – Saba : 12 dan 13

Dalam ayat Al-Quran di atas, sejarah kisah Nabi Dawud yang mewariskan kepimpinannya yang dikurniakan Allah, kepada  Nabi Sulaiman yang mana mempunyai kuasa kepimpinan ke atas  jin, manusia ,haiwan dan  makhluk di bumi  yang mana istananya adalah di Baitul Maqdis, dari rujukan قصص الأنبياء  karangan Syeikh Hassan Ayyub .

Kesimpulan yang saya dapat buat berdasarkan kajian ilmiah ini, Baitul Maqdis mempunyai sejarah yang begitu unik terutamanya penghubung kepada langit dunia (alam ghaib), bukan itu sahaja sesiapa yang berjaya menguasai Baitul Maqdis seolah-olah berjaya menundukkan semua makhluk di muka bumi ini. Banyak lagi sejarah yang yang belum kita rungkaikan  termasuklah perang akhir zaman nanti yang bakal berlaku  dan kisah Salehuddin Al- Ayubi menakluki Palestin dan banyak lagi. Insyallah jika Allah menguniakan kelapangan waktu lagi, saya mengajak sahabat-sahabat bersama-sama mengkaji sejarah Islam kerana golongan penentang Islam berusaha mengkaji Al- Quran ,  Hadis dan sejarah umat Islam  terdahulu, namun kita pada hari ini leka dengan kehidupan seharian kita sendiri wal hal telah dijanjikan Allah Kiamat pasti akan berlaku.

 Musuh Islam berusaha mencari jalan dengan melakukan persediaan untuk menguasai dunia serta menunggu ketibaan Dajjal Laknatullah yang dianggap tuhan mereka. Mereka juga berusaha keras bagi membuktikan perancangan jahat mereka berjaya walaupun telah Allah menjanjikan kemenangan ke atas umat Islam dalam perang di akhir zaman yang bakal dipimpin Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Namun usaha kita bagaimana?? Perlu kita ingat pada akhir zaman ini, adalah kita golongan yang bakal bersama berjuang bersama Imam Mahdi?? Tepuk dada, tanya iman….wallahualam



Thursday, June 9, 2011

FIQH AULAWIYAAT


Fiqh awlawiyat bermaksud, seni dalam mendahulukan mana yang lebih utama berbanding dengan sesuatu yang kurang utama atau tidak utama. Ianya juga membawa maksud mendahulukan sesuatu perkara yang penting berbanding perkara-perkara yang kurang penting dan tidak penting langsung.

          Ketiadaan seni seumpama ini akan menjadikan seseorang muslim dan pendakwah akan menghabiskan masa dengan sesuatu yang kurang penting atau tidak penting dan meninggalkan perkara yang lebih penting. Ia juga akan membawa kepada penghabisan tenaga dan usaha dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah atau kurang faedah  dan meninggalkan perkara yang lebih berfaedah. Lebih dasyat lagi , ketiadaan fiqh awlawiyat akan membawa kepada pembaziran waktu dengan perkara-perkara yang mempunyai impak yang kecil ataupun tiada impak serta meninggalkan impak yang lebih kepada Islam ataupun masyarakat.

          Contoh bagi fiqh awlawiyat  ini boleh didapati dalam sirah Rasulullah s.a.w., sebagai contoh :
Rasulullah s.a.w. memulakan pengukuhan aqidah dahulu di Makkah dan tidak memulakan dakwah dengan menghancurkan patung-patung berhala.
Mendahulukan hukum –hakam berkaitan aqidah dan pembentukan jiwa di Makkah sebelum memberikan pertanggungjawaban dari segi hukum- hakam amali.

               Fiqh Awlawiyaat juga menekankan konsep mendahulukan yang usul berbanding perkara-perkara furuk,mendahulukan yang wajib dari yang sunat,mendahulukan nas-nas yang qat’ie berbanding yang zanni, mendahulukan amalan-amalan jama’iyy berbanding yang fardi,mendahulukan pengajian usul Islam seperti aqidah,ibadah fardu,pemahaman Al-Quran dan hadis sebelum menimba ilmu-ilmu lain.

             Di dalam ibadat pula,Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mencedok idea-idea Imam Al-Ghazali berkaitan keperluan mengetahui tingkatan-tingkatan keutamaan amal ibadat. Beliau juga mencedok perbincangan Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah mengenai kepentingan dan keutamaan sesuatu amalan berdasarkan situasi , keadaan dan tempat. Contohnya jihad menjadi amalan utama di dalam Negara Muslim yang diserang kafir. Menuntut ilmu adalah paling utama dikala para ulama semakin berkurangan dan lain-lain lagi.

Antara keutamaan yang dikemukakan Al- Qaradawi adalah :
  • ·         Kualiti berbanding kuantiti
  • ·         Ilmu ke atas amal
  • ·         Maqasid ke atas zahir
  • ·         Ijtihad dari taklid semata-mata
  • ·         Menumpukan pada perkara yang dipersetujui dari perkara yang diperselisihkan
  • ·         Memudahkan  dan menyenangkan berbanding menyusahkan dan membebankan         (fatwa,ijtihad dan dakwah)
  • ·         Mengislah diri sebelum islah kerajaan dan system
  • ·         Tarbiyyah sebelum berjihad
  • ·         Mendepani musuh Islam berbanding mendepani perselisihan antara umat Islam
  • ·         Memerangi mungkar berbanding perkara furuk dan remeh
Dr. Yusuf Al- Qaradawi melihat bahawa kehilangan fiqh awlawiyaat dalam persada gerakan Islam akan membawa kepada kepincangan dalam gerak kerja dakwah dan islah. Fiqh Awlawiyaat menurut Al-Qaradawi juga menuntut agar para pendakwah bersatu, mencari persamaan berbanding perbezaan, berlapang dada dengan perbezaan dan mengenali musuh mereka. Perbezaan pendapat di kalangan pejuang Islam bukanlah alasan untuk mereka tidak bersatu. 

             Dr. Yusuf Al- Qaradawi juga menegur sikap sesetengah umat Islam yang terlalu mementingkan perkara-perkara sunat tetapi meninggalkan perkara-perkara yang wajib. Beliau mengambil contoh betapa ada di antara umat Islam yang menghabiskan wang mereka menunaikan haji dan umrah sunat dan tidak menginfaqkan harta mereka untuk jalan dakwah , propaganda Islam,sekolah-sekolah Islam dan lain-lain tujuan yang besar manfaatnya buat umat Islam.Beliau juga menegur sikap sesetengah golongan yang amat menitik beratkan persoalan sunat dan adab tetapi  di dalam waktu yang sama meninggalkan persoalan yang lebih besar seperti membina kekuatan umat Islam, cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya demi memartabatkan umat Islam. 

~sumber ‘Majalah I’ November 2007~

Tuesday, June 7, 2011

FIQH AL-MAQASID

Perkataan Maqasid al-syariah membawa maksud “objektif syariah”. Objektif syariah membawa maksud , pemahaman terhadap objektif disebalik pensyariatan hukum hakam syariah. Secara ringkasnya, syariah Islam diutuskan kepada manusia untuk menjaga kepentingan (maslahah)
Manusia di dunia dan akhirat. Kepentingan atau maslahah ini terbahagi kepada 3 peringkat :
1.      Daruriyyat (keperluan asasi)
2.      Hajiyyat (keperluan pelengkap)
3.      Tahsiniyyat (keperluan pelengkap)
Daruriyyat merupakan keperluan yang paling utama dan yang paling ketara dipelihara oleh syariat. Daruriyyat telah dibahagikan kepada 5 kategori utama, iaitu :
1.      Hifz Din (penjagaan agama)
2.      Hifz Nafs (penjagaan nyawa)
3.      Hifz Aqal (penjagaan akal)
4.      Hifz Nasbi (penjagaan keturunan)
5.      Hifz Mal (penjagaan harta)
Kelima-lima unsur di atas adalah unsur yang paling asas dalam kehidupan manusia. Jika kelima-lima perkara tersebut tidak terpelihara, maka kehidupan akan kucar- kacir atau kehidupan akan ditimpa kemudharatan sama ada di dunia mahupun akhirat. Maka syariat Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk memelihara kelima-lima perkara tadi.
Berteraskan konsep penjagaan terhadap 5 keperluan asasi (daruriyyat)  dan juga susunan keutamaannya, maka Fiqh Al-Maqasid diilhamkan. Maka sebarang fatwa yang ingin dihasilkan , ataupun sebarang ijtihad di zaman moden hendaklah mengambil kira konsep penjagaan kelima-lima daruriyyat tersebut. Sebarang aktiviti dakwah dan harakah juga hendaklah selari dengan ruh maqasid ini. Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai fiqh al-Maqasid oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi.
~sumber ‘ Majalah I’ November 2007~