"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Thursday, September 29, 2011

Selamat datang buat adik2 baru Qiraat 11/14

Gambaran di hadapan kuliyah Dirasat

Assalamualaikum w.b.t..

Ahlan wasahlan buat adik2 baru Takhassus Qiraat, antum semua adalah insan pilihan Allah s.w.t. yang diberi ilham untuk menyambung perjuangan menuntut ilmu Allah Yang Maha Luas. Bersyukurlah atas nikmat ini kerana tidak semua insan yang berpeluang seperti antum sekalian. Akak ingin berkongsi sedikit peringatan dan nasihat buat adik2 di perlembahan Nil yang tenang ini ..insyallah..

Buat pengetahuan adik-adik sekalian..Mesir adalah gabungan 3 huruf hijaiyyah iaitu ‘mim’, ‘sod’, dan ‘ra’ yang memberi maksud (kata-kata orang lame) mim-musibah, sod-sabar, dan ra- redha..makna yang cukup mendalam..bukan itu sahaja, bumi Mesir adalah bumi anbiya dan bumi firaun..maka beruntunglah bagi sesiapa yang mengambil ibrah dari kisah terdahulu..pada mulanya akak pun berfikir juge mengapa akak2 dan abang selalu mengigatkan kami dengan perkataan ini..dan Alhamdulillah setelah hampir dua tahun di bumi mesir, baru terasa nasihat abang2 dan kakak2 adalah manfaat untuk sepanjang akak berada di sini..

Adik2 yang dirahmati Allah sekalian..niat merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kita. Tanpa niat amalan yang kita bakal lakukan adalah tanpa tujuan asal dan tiada matlamat. Niat membezakan amalan adat dan ibadat. Contohnya, setiap hari kita membuang sampah, tapi jika sekiranya kita tidak niat kerana Allah maka ia akan menjadi satu adat, dan sekiranya niat kerana Allah mendahului ,insyallah kita telah mendapat pahala dan ia dikira sebagai ibadat . Jadi perbaharui niat ..kita datang ke sini untuk belajar dan mencari ilmu untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Bumi Mansurah adalah bumi yang istimewa bagi akak kerana ape?? Kerana kita diajar untuk mendekati pelajar yang datangnya dari pelbagai bidang seperti perubatan,qiraat,usuluddin,Syariah dan bahasa arab. Seronok bukan??. Di sini kita boleh berkongsi ilmu serta bertukar pandangan seterusnya dapat melatih kita hidup bermasyarakat. Mengapa akak sentuh dengan perkara ini? Kerana kadang2 ada dikalangan kita yang sukar menerima pertukaran suasana sehingga menyebabkan kekangan ukhuwah dan sebagainya. Apapun ..kita semua perlu faham..hidup kita bukan selamanya akan selesa dengan hidup bersama golongan seperti kita sahaja bahkan kitalah yang perlu cipta suasana biah yang baik itu. Kalau perkara kecil ini pun kita tidak mampu hadapinya, bagaimana dengan persediaan untuk kita menghadapi masyarakat di alam perkerjaan ?..akak yakin adik2 mampu membuat pilihan yang terbaik..insyallah..

Akhiran dari akak,akak teringat kakak2 lama pesan, adik2 perlu letakkan target pada diri adik2 samada kita nak jadi golongan mana..pilihlah tiga ini samada nak jadi aktivis@ulama@pemimpin ..semoga kita membuat pilihan yang terbaik buat diri kita..insyallah..~generasi anda akan datang adalah anda hari ini..~

Wednesday, September 14, 2011

Somalia~we care about them

Koleksi Gambar:Krisis Kemanusiaan Dan Kebuluran Di Afrika Timur (Somalia)

Pandangan atas di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.

Aden Salaad, 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.

Mohammed Osman berumur 70 tahun di selatan Somalia.

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi.

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg.

Hassan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru sahaj meninggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Itulah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu pada 21 Julai 2011.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000 kem tersebut adalah antara yang terbesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah yang seramai 90,000 orang sahaja.

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation.

Pelarian di selatan Somalia sedang menerima bantuan makanan di Mogadishu.

Kaum ibu diperiksa sama ada mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.

Para wanita meredah rebut pasir untuk mencari air.

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.

Keadaan haiwan ternakan di Somalia.

Pelarian Somalia, Kadija Ibrahim berumur 67 tahun duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk dijadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.

Nado Mahad Abdili sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.

Tin makanan yang telah digunakan dari USA.