"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Tuesday, August 30, 2011

Kejamnya, apa salah adik-adik ini?

29 Ogos 2011

KEKEJAMAN dan KEBODOHAN rejim zionis ternyata benar apabila menyerang Gaza pada 18 Ogos hanya berdasarkan sangkaan hati yang busuk dan alasan yang terawang-awang dengan penipuan. Ledakan operasi Eilat pada pagi 18 Ogos, Gaza terpaksa membayar harga yang cukup tinggi setelah berhari-hari terpaksa bertahan dan menyerang balas. Walaupun pada hari pertama, Kerajaan Palestin di Gaza menafikan kaitan Gaza dengan operasi Eilat, namun rejim zionis tetap mengganas bagaikan anjing gila yang tercabul maruahnya merempuh udara Gaza, lantas mengebom sasaran-sasarannya. kebanyakan yang menjadi sasaran adalah penduduk biasa, kanak-kanak, wanita dan pemuda-pemuda serta pejuang-pejuang Palestin yang mempertahankan Gaza.

Hanya beberapa hari, jumlah syahid yang tercatat 26 orang dan yang cedera termasuk kritikal dan ringan hampir 90 orang mangsa. Apakah sekadar desak zionis hentikan serangan tanpa memberikan hukuman kepadanya?

Dua keping rakaman gambar di bawah membuktikan kekejaman zionis yang tidak boleh disangkal.

Paparan gambar pertama telah diterbitkan oleh sebuah media Palestin pada 27/08/2011 bertajuk, 'si dengung menghancurkan impian Ma'rof '.

Laporan terbabit menyebut seorang remaja berusia 15 tahun, Haitham Ma'rof terpaksa menanggung derita akibat menjadi sasaran tembakan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung'. Seperti yang dicatatkan, kejadian ini berlaku pada hari Ahad, 20/08/2011 iaitu 2 hari selepas kejadian operasi Eilat.

Seperti kebiasaan hari yang lain, Ma'rof turun ke sawah padi membantu ayahnya di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tanpa disangka, Ma'rof telah diserang si dengung lantas mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan yang amat kritikal. Selepas kejadian, Ma'rof ditempatkan dalam unit rawatan rapi bagi merawat kecederaan. Percikan dari letupan tembakan si dengung melemahkan tubuh Ma'rof, waktu ini, Ma'rof disokong sebahagian besar alat peralatan perubatan.

cerita detik-detik kejadian, Ahmad Ma'rof ayah kepada Haitham berkata, "saya hanya ada beberapa ekar tanah yang diusahakan mengikut musim bagi menyara kehidupan keluarga saya, maka anak-anak dan isteri yang membantu."

Jelas Ahmad, pada pagi Ahad(sebelum kejadian), isteri dan anaknya, Haitham pergi untuk melihat saliran air di sawah, namun tiba si dengung mengebom remaja berkenaan dengan satu peluru sewaktu berada di sawah.

(Haitham dirawat dalam unit rawatan rapi)

Seluruh tubuh Ma'rof diganyang serpihan peluru dan bahagian dalamannya ada yang terbakar malahan doktor-doktor yang merawatnya terpaksa membuang limpa.

Menurut doktor Kamal Abu 'Ubadah, Haitham mengalami kecederaan yang teramat kritikal ekoran terkena tembakan peluru pesawat pengintip secara langsung.

Manakala, satu lagi rakaman gambar di bawah turut melibatkan keganasan zionis ke atas kanak-kanak. Sebagaimana dicatatkan, kejadian gambar di bawah berlaku pada 19/08/2011 sewaktu pesawat zionis seperti orang gila menyerang Gaza.

Dua orang kanak-kanak Palestin ini menjadi mangsa 'serangan buta'. Apa salah mereka sehingga terpaksa membayar harga yang sedemikian rupa? Padahal, rejim zionis tiada alasan dan hujah yang begitu kukuh untuk menyerang Gaza pada waktu itu. Namun, rejim zionis hanya sekadar menerima kutukan dan kecaman keras tanpa ada tindakan bagi menghukum keganasannya.

Wednesday, August 24, 2011

kepimpinan :JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU


Sahabat-sahabat yang dirahati ALLAH sekalian,
Bukanlah saya tampil bagi memberi syarahan panjang , tetapi tampil bagi bersama-sama bermuhasabah, sejauh mana tanggungjawab dan amanah yang telah kita laksanakan..atau adakah terselit sedikit rintangan-rintangan yang telah dikupaskan oleh Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya 'BAHTERA PENYELAMAT', contohnya penyakit hasad dengki, inginkan keagungan, rindukan populariti atau ada kepentingan sendiri?
Alhamdulillah Allah membuka hati saya untuk mengisi jiwa dengan pembacaan buku Bahtera Penyelamat karangan Syeikh Fathi Yakan. Selesai beberapa tajuk  dibaca..subhanallah..semua barah dan penyakit yang selalu berlaku dalam kepimpinan  telah pun dibincangkan oleh tokoh-tokoh gerakan terdahulu. InsyaAllah dengan sedikit kelapangan yang ada , saya akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tetang apa yang saya dapat dalam buku tersebut.

JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
 ~bahtera penyelamat m/s 76

Dalam bahagian ini, pengarang telah mengupas masalah ikhtilat atau masalah hati antara ikhwah dan akhwat . Dan tentunya perkara ini tidaha akan terlepas dalam kepimpinan yang diterajui oleh muslimin dan muslimat. Berikut petikan yang saya ambil dari buku tersebut.

Dalam konteks memerangi syahwat supaya menjadi sederhana Allah memerintahkan para hambaNya supaya mengawal pandangan dan menjaga kehormatan. Allah berfirman:

                                                                        surah an-nur ~30
 
Rasulullah mengingatkan tentang fitnah atau godaan wanita:
“Tidak ada fitnah yang Ku tinggalkan (di belakangKu) yang lebih besar bahayanya bagi lelaki dan wanita (itu sendiri).”
(Hadith muttafaqun ‘alaihi)

Sabda beliau lagi:
 “Wanita itu tali temali (jerat) syaitan. Kalaulah tidak kerana syahwat nescaya wanita tidak mempunyai kuasa menundukkan lelaki.”
(Ditakhrijkan oleh Al-Asfahani)

Dalam kitab Ihya Imam Al-Ghazzali menerangkan:

“Sebesar-besar syahwat ialah nafsu syahwat terhadap perempuan. Pemuasan syahwat ini kadang-kadang diturutkan secara keterlaluan, kadang-kadang keterlaluan dikekang dan kadang-kadang dipuaskan dengan sederhana. Keterlaluan diturutkan sangat atau yang membutakan kecelikan akal, sehingga merubah himnaah lelaki; asyik kepada senggama dan tidak berusaha untuk mengikuti jalan akhirat. Atau sampai membelakangkan agama sehingga berani melakukan perbuatan durjana. Adapun jenis yang kedua ialah kerana lemah tenaga batin, tidak mampu memuaskan isteri. Inipun juga tercela. Yang baik dan terpuji ialah memuaskan syahwat ini secara sederhana. Nafsu ditundukkan kepada tuntutan akal dan syara’, baik semasa Ia berkobar maupun semasa dikawal. Betapapun garangnya syahwat ini namun cara mengatasinya ialah dengan berlapar ataupun dengan kahwin sahaja.”

Rasulullah menegaskan:
“Wahal para pemuda! Hendaklah kalian berkahwin. Kalau tidak mampu maka hendaklah kalian berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah penawar baginya.”


~Salam muhasabah buat kepimpinan peneraju ummah rabbani~

BICARA BUAT PENERAJU KEPIMPINAN ISLAM


Jawatan bukanlah satu kemuliaan tetapi satu tuntutan tanggungjawab yang wajib dipenuhi. Pada hari ini, manusia mengimpikan jawatan bagi meraih populariti dan habuan dunia. Sehubungan dengan itu juga, ramai juga yang mengambil kesempatan dengan jawatannya bagi memenuhi keinginan dan kepentingan diri.
Sahabat -sahabat sekalian..
Di sini saya sertakan beberapa kalam muhasabah buat kita bersama..
                                   surah al-ahzab :72
Kepimpinan anda akan datang adalah anda sebagai ahli sekarang..kehidupan kita tidak akan lari dari kepimpinan,sama ada kepimpinan seorang guru terhadap anak murid,kepimpinan seorang bos terhadap pekerjanya,kepimpinan seorang ibu terhadap anak-anaknya..anda komit,mereka akan komit pada anda,anda malas..mereka lagi lah malas..jadi andalah agen pengubah suasana..jom bertindak sekarang untuk lahirkan generasi unik akan datang~slmt bribdah!
Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikn hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan ‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri~bahtera penyelamat
Bila pendokong agama bergelumang dengan maksiat hati..maka hilanglah keizzahan dalam diri..pincanglah Kepimpinan Islam dan Daulah Islamiyah yang diingini.. jatuhlah maruah sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini..maka kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang diimpikan hanya jadi angan-angan untuk dikecapi..~salam ukhuwah sekencang dakwah..semoga kita dipelihara oleh Allah swt dari fitnah di dunia dan akhirat..ameenn
Bukanlah kepetahan becakap menjadi kayu ukur utama kehebatan kepimpinan seseorang, tp sejauh mana kata-kata seseorang itu mampu memberi kesan ke atas hati2 manusia itu yg lebih utama walaupun dia tidak pandai menyusun bicara..oleh itu,perkuatkanlah amalan rohani supaya apa yg kita smpaikan membri kesan & tidak terhijab ats maksiat dan dosa yg kita pernah lakukan..slm muhasabah buat semua kepimpinan Islam!

~selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah ALLAH.. ~

Wednesday, August 17, 2011

DEMAND

Ukhuwah ,persahabatan atau silaturrahim adalah satu ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada jaringan dari sudut aqidah, teman seperjuangan, rakan kerja, saudara mara dan sebagainya. Dalam kehidupan kita,tidak dapat tidak kita akan terlibat dalam masyarakat dan orang awam. Maka dari situlah lahirlah ukhuwah antara manusia, tidak ketinggalan juga persengketaan juga mungkin berlaku. 

Firman Allah S.W.T. 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat :10)


sahabat-sahabat yang dihormati Allah sekalian,

kadang-kadang kita menuntut orang lain menghormati kita..tetapi kita kadang-kadang tidak menghormati orang lain..
kadang-kadang kita menuntut orang lain meminta pandangan kita..tapi kadang-kadang kita terlupa meminta pandangan orang lain..
kadang-kadang kita menuntut orang lain memohon maaf kepada kita..tetapi kita tidak pula meminta maaf darinya, walhal mungkin ada kesilapan dari pihak kita yang mungkin kita tidak sedari, bukankah cantiknya jika kita memulakan maaf??
kadang-kadang kita menuntut orang menghargai kita..samada masa hari lahir kita, menghargai pengorbanan yang telah kita curahkan..namun adakah kita orang menghargai pengorbanan orang lain??

Segalanya bermula dari anda..anda menghormati orang lain..insyaALLAH  orang lain juga akan menghormati anda..sifir mudah!! selamat mencuba!

~salam ramadhan..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..