"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Wednesday, August 24, 2011

kepimpinan :JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU


Sahabat-sahabat yang dirahati ALLAH sekalian,
Bukanlah saya tampil bagi memberi syarahan panjang , tetapi tampil bagi bersama-sama bermuhasabah, sejauh mana tanggungjawab dan amanah yang telah kita laksanakan..atau adakah terselit sedikit rintangan-rintangan yang telah dikupaskan oleh Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya 'BAHTERA PENYELAMAT', contohnya penyakit hasad dengki, inginkan keagungan, rindukan populariti atau ada kepentingan sendiri?
Alhamdulillah Allah membuka hati saya untuk mengisi jiwa dengan pembacaan buku Bahtera Penyelamat karangan Syeikh Fathi Yakan. Selesai beberapa tajuk  dibaca..subhanallah..semua barah dan penyakit yang selalu berlaku dalam kepimpinan  telah pun dibincangkan oleh tokoh-tokoh gerakan terdahulu. InsyaAllah dengan sedikit kelapangan yang ada , saya akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tetang apa yang saya dapat dalam buku tersebut.

JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
 ~bahtera penyelamat m/s 76

Dalam bahagian ini, pengarang telah mengupas masalah ikhtilat atau masalah hati antara ikhwah dan akhwat . Dan tentunya perkara ini tidaha akan terlepas dalam kepimpinan yang diterajui oleh muslimin dan muslimat. Berikut petikan yang saya ambil dari buku tersebut.

Dalam konteks memerangi syahwat supaya menjadi sederhana Allah memerintahkan para hambaNya supaya mengawal pandangan dan menjaga kehormatan. Allah berfirman:

                                                                        surah an-nur ~30
 
Rasulullah mengingatkan tentang fitnah atau godaan wanita:
“Tidak ada fitnah yang Ku tinggalkan (di belakangKu) yang lebih besar bahayanya bagi lelaki dan wanita (itu sendiri).”
(Hadith muttafaqun ‘alaihi)

Sabda beliau lagi:
 “Wanita itu tali temali (jerat) syaitan. Kalaulah tidak kerana syahwat nescaya wanita tidak mempunyai kuasa menundukkan lelaki.”
(Ditakhrijkan oleh Al-Asfahani)

Dalam kitab Ihya Imam Al-Ghazzali menerangkan:

“Sebesar-besar syahwat ialah nafsu syahwat terhadap perempuan. Pemuasan syahwat ini kadang-kadang diturutkan secara keterlaluan, kadang-kadang keterlaluan dikekang dan kadang-kadang dipuaskan dengan sederhana. Keterlaluan diturutkan sangat atau yang membutakan kecelikan akal, sehingga merubah himnaah lelaki; asyik kepada senggama dan tidak berusaha untuk mengikuti jalan akhirat. Atau sampai membelakangkan agama sehingga berani melakukan perbuatan durjana. Adapun jenis yang kedua ialah kerana lemah tenaga batin, tidak mampu memuaskan isteri. Inipun juga tercela. Yang baik dan terpuji ialah memuaskan syahwat ini secara sederhana. Nafsu ditundukkan kepada tuntutan akal dan syara’, baik semasa Ia berkobar maupun semasa dikawal. Betapapun garangnya syahwat ini namun cara mengatasinya ialah dengan berlapar ataupun dengan kahwin sahaja.”

Rasulullah menegaskan:
“Wahal para pemuda! Hendaklah kalian berkahwin. Kalau tidak mampu maka hendaklah kalian berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah penawar baginya.”


~Salam muhasabah buat kepimpinan peneraju ummah rabbani~

No comments:

Post a Comment