Seorang ayah yang bekerja sebagai tentera membawa kami sekeluarga menyusuri beberapa negeri.Seorang yang tegas dalam menjalani kehidupan seharian itulah Ahmad Adri bin Mohammad nama diberi, yang berasal dari Kuala Lipis,Pahang. Ummi (Salma binti Berahim berasal dari Machang, Kelantan) dengan kecekalan dan keazaman yang kuat dalam diri membantu abah dalam usaha menyediakan keperluan yang baik buat kami semua..alhamdulillah..rezeki Allah membuatkan kami sekeluarga menikmatinya dengan penuh rasa bersyukur.
Saya mempunyai 7 orang adik beradik :
Azyan Syazwani bt Ahmad Adri
Ahmad Sahil bin Ahmad Adri
Aniq Syafiqah bt Ahmad Adri
Asna Syahirah bt Ahmad Adri
Azra Syazlini bt Ahmad Adri
Azrin Syazlina bt Ahmad Adri
Mohamad Syamer bin Ahmad Adri
Kesemuanya masih bersekolah dan pastinya saya anak sulung. Saya telah mula persekolahan di taski Kem Penrissen,Kuching Sarawak pada usia 5 dan 6 tahun, kemudian ke sekolah rendah di Pahang. Dan setelah mendapat keputusan 5A UPSR membawa saya ke SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut, Pahang. Pada mulanya jiwa memberontak untuk tidak memasuki sekolah agama kerana target asal adalah ke MRSM, namun setelah 3 bulan berada di SMKA TAHAP , membuatkan hati saya terikat dengan biah solehah di bumi TAHAP, dan walaupun tawaran MRSM sedang memanggil, niat asal dibatalkan baGI meneruskan misi pentarbiyahan di SMKA TAHAP.
Hari demi hari dan tahun demi tahun berlalu, setelah memperoleh keputusan yang baik(satu subjek B bg PMR) membawa saya mengambil Sains Biologi bagi tingkatan 4 dan 5. Setelah SPM berlalu, maka perkara yang difikirkan adalah," adakah aku harus teruskan bidang sains atau bidang agama?? walhal kedua-dua bidang aku sangat suka" dan keputusan di buat mengikut tawaran yang bakal dapat..Allah menguji dengan tawaran UM-Pengajian Islam dan Sains Gunaan, Matrikulasi Negeri 9 dan Darul Quran JAKIM. Allah ..yakin dengan langkahku DQ jadi pilihan, semua keluarga dan saudara mara merasa sangsi dengan Diploma pilihanku..namun saya tahu arah tujuan saya sebenarnya dan tekad dipasangkan serta tawakal pada Allah jadi panduan. Abah berpesan " Abah tahu bidang yang along amik ni lari dengan bidang asal along, kalau itu pilihan along, abah tak kisah..cume abah nak bagitahu bidang ini agak susah dan along kene bersungguh-sungguh, abah tak nak nanti dah tengah jalan, along kate susah nak bawa pula.."
Setelah melayari bahtera menghafal kalam Allah..ye..betul kata abah..memang sukar digambarkan dengan kata-kata dalam menjaga dan mendalami kalam Allah, pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui sepanjang menghabiskan masa di DQ. Saya yakin, semua sahabat-sahabat saya juga akan merasai perasaan yang saya juga hadapi, tipula kalau kate tak pernah nangis dalam usaha menghafal kalam Allah ni..namun kemanisannya Allah sahaja yang tahu..Alhamdulillah , terima kasih Allah kerana memberi ruang kepada aku untuk merasai pengalaman ini sehingga tamat pengajian di DQ.
Kini ..perjuangan diteruskan lagi di bumi anbiya untuk mencari lagi ilmu Allah yang Maha Luas ini dalam misi mendekatkan pada CINTA ILAHI..permudahkanlah Ya Allah..
No comments:
Post a Comment