"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Tuesday, August 30, 2011

Kejamnya, apa salah adik-adik ini?

29 Ogos 2011

KEKEJAMAN dan KEBODOHAN rejim zionis ternyata benar apabila menyerang Gaza pada 18 Ogos hanya berdasarkan sangkaan hati yang busuk dan alasan yang terawang-awang dengan penipuan. Ledakan operasi Eilat pada pagi 18 Ogos, Gaza terpaksa membayar harga yang cukup tinggi setelah berhari-hari terpaksa bertahan dan menyerang balas. Walaupun pada hari pertama, Kerajaan Palestin di Gaza menafikan kaitan Gaza dengan operasi Eilat, namun rejim zionis tetap mengganas bagaikan anjing gila yang tercabul maruahnya merempuh udara Gaza, lantas mengebom sasaran-sasarannya. kebanyakan yang menjadi sasaran adalah penduduk biasa, kanak-kanak, wanita dan pemuda-pemuda serta pejuang-pejuang Palestin yang mempertahankan Gaza.

Hanya beberapa hari, jumlah syahid yang tercatat 26 orang dan yang cedera termasuk kritikal dan ringan hampir 90 orang mangsa. Apakah sekadar desak zionis hentikan serangan tanpa memberikan hukuman kepadanya?

Dua keping rakaman gambar di bawah membuktikan kekejaman zionis yang tidak boleh disangkal.

Paparan gambar pertama telah diterbitkan oleh sebuah media Palestin pada 27/08/2011 bertajuk, 'si dengung menghancurkan impian Ma'rof '.

Laporan terbabit menyebut seorang remaja berusia 15 tahun, Haitham Ma'rof terpaksa menanggung derita akibat menjadi sasaran tembakan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung'. Seperti yang dicatatkan, kejadian ini berlaku pada hari Ahad, 20/08/2011 iaitu 2 hari selepas kejadian operasi Eilat.

Seperti kebiasaan hari yang lain, Ma'rof turun ke sawah padi membantu ayahnya di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tanpa disangka, Ma'rof telah diserang si dengung lantas mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan yang amat kritikal. Selepas kejadian, Ma'rof ditempatkan dalam unit rawatan rapi bagi merawat kecederaan. Percikan dari letupan tembakan si dengung melemahkan tubuh Ma'rof, waktu ini, Ma'rof disokong sebahagian besar alat peralatan perubatan.

cerita detik-detik kejadian, Ahmad Ma'rof ayah kepada Haitham berkata, "saya hanya ada beberapa ekar tanah yang diusahakan mengikut musim bagi menyara kehidupan keluarga saya, maka anak-anak dan isteri yang membantu."

Jelas Ahmad, pada pagi Ahad(sebelum kejadian), isteri dan anaknya, Haitham pergi untuk melihat saliran air di sawah, namun tiba si dengung mengebom remaja berkenaan dengan satu peluru sewaktu berada di sawah.

(Haitham dirawat dalam unit rawatan rapi)

Seluruh tubuh Ma'rof diganyang serpihan peluru dan bahagian dalamannya ada yang terbakar malahan doktor-doktor yang merawatnya terpaksa membuang limpa.

Menurut doktor Kamal Abu 'Ubadah, Haitham mengalami kecederaan yang teramat kritikal ekoran terkena tembakan peluru pesawat pengintip secara langsung.

Manakala, satu lagi rakaman gambar di bawah turut melibatkan keganasan zionis ke atas kanak-kanak. Sebagaimana dicatatkan, kejadian gambar di bawah berlaku pada 19/08/2011 sewaktu pesawat zionis seperti orang gila menyerang Gaza.

Dua orang kanak-kanak Palestin ini menjadi mangsa 'serangan buta'. Apa salah mereka sehingga terpaksa membayar harga yang sedemikian rupa? Padahal, rejim zionis tiada alasan dan hujah yang begitu kukuh untuk menyerang Gaza pada waktu itu. Namun, rejim zionis hanya sekadar menerima kutukan dan kecaman keras tanpa ada tindakan bagi menghukum keganasannya.

Wednesday, August 24, 2011

kepimpinan :JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU


Sahabat-sahabat yang dirahati ALLAH sekalian,
Bukanlah saya tampil bagi memberi syarahan panjang , tetapi tampil bagi bersama-sama bermuhasabah, sejauh mana tanggungjawab dan amanah yang telah kita laksanakan..atau adakah terselit sedikit rintangan-rintangan yang telah dikupaskan oleh Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya 'BAHTERA PENYELAMAT', contohnya penyakit hasad dengki, inginkan keagungan, rindukan populariti atau ada kepentingan sendiri?
Alhamdulillah Allah membuka hati saya untuk mengisi jiwa dengan pembacaan buku Bahtera Penyelamat karangan Syeikh Fathi Yakan. Selesai beberapa tajuk  dibaca..subhanallah..semua barah dan penyakit yang selalu berlaku dalam kepimpinan  telah pun dibincangkan oleh tokoh-tokoh gerakan terdahulu. InsyaAllah dengan sedikit kelapangan yang ada , saya akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tetang apa yang saya dapat dalam buku tersebut.

JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
 ~bahtera penyelamat m/s 76

Dalam bahagian ini, pengarang telah mengupas masalah ikhtilat atau masalah hati antara ikhwah dan akhwat . Dan tentunya perkara ini tidaha akan terlepas dalam kepimpinan yang diterajui oleh muslimin dan muslimat. Berikut petikan yang saya ambil dari buku tersebut.

Dalam konteks memerangi syahwat supaya menjadi sederhana Allah memerintahkan para hambaNya supaya mengawal pandangan dan menjaga kehormatan. Allah berfirman:

                                                                        surah an-nur ~30
 
Rasulullah mengingatkan tentang fitnah atau godaan wanita:
“Tidak ada fitnah yang Ku tinggalkan (di belakangKu) yang lebih besar bahayanya bagi lelaki dan wanita (itu sendiri).”
(Hadith muttafaqun ‘alaihi)

Sabda beliau lagi:
 “Wanita itu tali temali (jerat) syaitan. Kalaulah tidak kerana syahwat nescaya wanita tidak mempunyai kuasa menundukkan lelaki.”
(Ditakhrijkan oleh Al-Asfahani)

Dalam kitab Ihya Imam Al-Ghazzali menerangkan:

“Sebesar-besar syahwat ialah nafsu syahwat terhadap perempuan. Pemuasan syahwat ini kadang-kadang diturutkan secara keterlaluan, kadang-kadang keterlaluan dikekang dan kadang-kadang dipuaskan dengan sederhana. Keterlaluan diturutkan sangat atau yang membutakan kecelikan akal, sehingga merubah himnaah lelaki; asyik kepada senggama dan tidak berusaha untuk mengikuti jalan akhirat. Atau sampai membelakangkan agama sehingga berani melakukan perbuatan durjana. Adapun jenis yang kedua ialah kerana lemah tenaga batin, tidak mampu memuaskan isteri. Inipun juga tercela. Yang baik dan terpuji ialah memuaskan syahwat ini secara sederhana. Nafsu ditundukkan kepada tuntutan akal dan syara’, baik semasa Ia berkobar maupun semasa dikawal. Betapapun garangnya syahwat ini namun cara mengatasinya ialah dengan berlapar ataupun dengan kahwin sahaja.”

Rasulullah menegaskan:
“Wahal para pemuda! Hendaklah kalian berkahwin. Kalau tidak mampu maka hendaklah kalian berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah penawar baginya.”


~Salam muhasabah buat kepimpinan peneraju ummah rabbani~

BICARA BUAT PENERAJU KEPIMPINAN ISLAM


Jawatan bukanlah satu kemuliaan tetapi satu tuntutan tanggungjawab yang wajib dipenuhi. Pada hari ini, manusia mengimpikan jawatan bagi meraih populariti dan habuan dunia. Sehubungan dengan itu juga, ramai juga yang mengambil kesempatan dengan jawatannya bagi memenuhi keinginan dan kepentingan diri.
Sahabat -sahabat sekalian..
Di sini saya sertakan beberapa kalam muhasabah buat kita bersama..
                                   surah al-ahzab :72
Kepimpinan anda akan datang adalah anda sebagai ahli sekarang..kehidupan kita tidak akan lari dari kepimpinan,sama ada kepimpinan seorang guru terhadap anak murid,kepimpinan seorang bos terhadap pekerjanya,kepimpinan seorang ibu terhadap anak-anaknya..anda komit,mereka akan komit pada anda,anda malas..mereka lagi lah malas..jadi andalah agen pengubah suasana..jom bertindak sekarang untuk lahirkan generasi unik akan datang~slmt bribdah!
Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikn hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan ‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri~bahtera penyelamat
Bila pendokong agama bergelumang dengan maksiat hati..maka hilanglah keizzahan dalam diri..pincanglah Kepimpinan Islam dan Daulah Islamiyah yang diingini.. jatuhlah maruah sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini..maka kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang diimpikan hanya jadi angan-angan untuk dikecapi..~salam ukhuwah sekencang dakwah..semoga kita dipelihara oleh Allah swt dari fitnah di dunia dan akhirat..ameenn
Bukanlah kepetahan becakap menjadi kayu ukur utama kehebatan kepimpinan seseorang, tp sejauh mana kata-kata seseorang itu mampu memberi kesan ke atas hati2 manusia itu yg lebih utama walaupun dia tidak pandai menyusun bicara..oleh itu,perkuatkanlah amalan rohani supaya apa yg kita smpaikan membri kesan & tidak terhijab ats maksiat dan dosa yg kita pernah lakukan..slm muhasabah buat semua kepimpinan Islam!

~selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah ALLAH.. ~

Wednesday, August 17, 2011

DEMAND

Ukhuwah ,persahabatan atau silaturrahim adalah satu ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada jaringan dari sudut aqidah, teman seperjuangan, rakan kerja, saudara mara dan sebagainya. Dalam kehidupan kita,tidak dapat tidak kita akan terlibat dalam masyarakat dan orang awam. Maka dari situlah lahirlah ukhuwah antara manusia, tidak ketinggalan juga persengketaan juga mungkin berlaku. 

Firman Allah S.W.T. 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat :10)


sahabat-sahabat yang dihormati Allah sekalian,

kadang-kadang kita menuntut orang lain menghormati kita..tetapi kita kadang-kadang tidak menghormati orang lain..
kadang-kadang kita menuntut orang lain meminta pandangan kita..tapi kadang-kadang kita terlupa meminta pandangan orang lain..
kadang-kadang kita menuntut orang lain memohon maaf kepada kita..tetapi kita tidak pula meminta maaf darinya, walhal mungkin ada kesilapan dari pihak kita yang mungkin kita tidak sedari, bukankah cantiknya jika kita memulakan maaf??
kadang-kadang kita menuntut orang menghargai kita..samada masa hari lahir kita, menghargai pengorbanan yang telah kita curahkan..namun adakah kita orang menghargai pengorbanan orang lain??

Segalanya bermula dari anda..anda menghormati orang lain..insyaALLAH  orang lain juga akan menghormati anda..sifir mudah!! selamat mencuba!

~salam ramadhan..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..

Sunday, July 24, 2011

Kenapa saya perlu ke kuliyah?



Kuliyah ,kelas, muhadharah,program,usrah,muzakarah dan yang sama waktu dengannya adalah satu situasi yang sama ,namun ianya adalah berbeza mengikut tempat dan keadaan. Saya begitu tertarik untuk mengulas isu ini kerana apabila kita berfikir panjang dan menjiwai semua watak, kita akan mengambil jalan untuk meraikan dan menhadirinya walau apa cara sekalipun melainkan ada sebab-sebab yang memang benar-benar tidak dapat kita elakkan.

         Baiklah..saya cuba kecilkan skop perbincangan kita..menghadiri ke kelas atau kuliyah.Kadang-kadang sifat malas menguasai diri dan menyebabkan kita akhirnya mengambil jalan untuk tidak menghadiri kelas kerana penat. Tetapi bila mana kehadiran ke kelas akhir contohnya untuk mendapatkan muqarar@silibus peperiksaan ,maka kita bertindak di luar tabiat kita yang sebenar(kebiasaannya tidak ke kelas tapi pada hari itu ke kelas) walaupun anda penat , bak kata pepatah “ nak seribu daya, tak nak seribu dalih,”. Contoh mudah saya ambil, seseorang yang sedang dikejar harimau sanggup berlari sehabis daya untuk menyelamatkan diri daripada dibaham harimau tersebut dan kemungkinan besar juga larian pecut itu adalah yang terlaju dalam sejarah rekod kehidupannya. The main point is seseorang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan cita-cita yang diingini. Namun yang menjadi persoalannya adalah kita melihat hanya dari satu sudut yang dekat sahaja tanpa pandangan yang jauh ke hadapan. 

       Saya datangkan satu lagi situasi, kehadiran kita ke usrah atau muzakarah berkelompok atau program. Kita nampak usrah adalah satu halaqah kecil yang membincangkan isu-isu semasa,berkongsi pengalaman,tazkirah ,ziarah menziarah dan bermacam –macam lagi. Kadang-kadang kita sibuk membincangkan isu umat Islam tidak bersatu, tidak bermoral, kurang adab dan sebagainya tetapi sayangnya kita adalah orang yang tidak menghadiri usrah dengan pelbagai alasan yang kita cipta untuk tidak menghadirinya. Golongan ini adalah golongan yang tidak berfikir panjang serta tidak sedar sebenarnya mereka juga bakal menjadi naqibah. Mengapa saya berkata begitu?? Ini kerana, mereka mungkin bakal menghadapi situasi yang sama, tetapi mungkin tempat yg berbeza, contohnya menjadi pendidik kepada pelajar sekolah, atau mungkin menjadi pendidik(bos) pada pekerja,atau mungkin menjadi pendidik pada anak-anak masing-masing. 

          Pepatah inggeris yang saban hari kita dengar “what you give you get back” iaitu ‘apa yang awak beri, awak akan dapat balik,’. Dalam kehidupan kita, tidak dapat tidak kita terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung antara seorang yang sedang memimpin atau orang yang dipimpin. Justeru itu, jangan kita sedih jika akan datang anak-anak murid tidak mahu mendengar nasihat kita sebagai guru,jangan kita sedih jika pekerja kita tidak amanah dalam menjalankan tugas, jangan kita sedih jika anak-anak kita tidak suka majlis ilmu yang dianjurkan kita dan pasangan kita dalam  usaha menghidupkan suasana biah solehah dalam bait muslim. Sering kali saya melihat, ramai yang menginginkan rumahtangga yang bahagia,solehah,sakinah dan mawaddah..namun gaya dan usaha untuk mencapainya lansung tidak menunjukkan kesungguhan kita untuk mendapatkannya. Ada segelintirnya menganggap perkara ini remeh namun tidak bagi saya. Generasi anda akan datang adalah anda sekarang. Mengapa saya perlu menghadiri usrah ,kuliyah dan program?? Ya.. tidak dinafikan niat kerana Allah adalah yang paling utama dalam sesuatu amalan. Bukan itu sahaja,saya juga mahukan anak-anak murid saya juga rajin ke kelas,saya juga mahu pekerja-pekerja saya rajin dalam menjalankan amanah,saya juga mahu anak-anak saya juga suka dengan majlis-majlis ilmu yang saya dan suami saya laksanakan dalam menghidupkan biah solehah dalam keluarga saya.

Sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,  marilah bersama-sama kita berfikiran jauh dan rasional sebelum bertindak kerana hasil yang terbentuk akan datang adalah dari pilihan kita pada hari ini.Kita mahu orang lain menghormati kita,kita mulakannya dengan kita menghormati orang lain terlebih dahulu, kita mahu orang lain menerima kelemahan kita,kita perlulah menerima kelemahan orang lain. Akhir kalam,saya akhiri dengan  Firman Allah swt :

            (فالهمها فجورها وتقوها(8) قد افلح من زكها(9) وقد خاب من دسها(10

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan jalan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikannya itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya,” ~surah as-syams :8-10

Sunday, July 10, 2011

QIRAAT DALAM PANDANGAN ORIENTALIS DAN ATHEIS


 Mansurah-Egypt,9 Julai 2011,satu diskusi kitab Al-Qiraat Fi Nazaral Mustashriqin wal Mulhidin telah dijalankan di DPJA yang disampaikan oleh Us Naim Hassan, Mantan Pengerusi Syoubra 2010. Alhamdulillah ..pada hari ini saya ingin berkongsi bersama-sama sahabat-sahabat  tentang apa yang telah saya dapat semalam. Sebelum kita pergi kepada buku ini, saya ingin memberi sedikit pengenalan tentang apa itu qiraat..ye apa itu Qiraat?? Qiraat adalah perkataan jama' kepada perkataan qiraah,yang membawa maksud himpunan bacaan-bacaan yang berbeza sama ada bacaan mutawatir, masyhur, ahad ,shaz atau tiada sanad lansung dari Nabi Muhammad s.a.w. Beberapa ulama' iaitu Imam Jazari, Imam Al-Qadi Jalaluddin Al-Baiqalani, Imam Abu Syamah, dan lain-lain lagi tampil memberi pandandan dalam kitab Itqan Ulum Quran karangan Imam Suyuti. Berikut adalah buku yang kami diskusikan semalam.

QIRAAT DALAM PANDANGAN ORIENTALIS DAN ATHEIS
SYEIKH
                ABDUL FATTAH ABDUL GHANI ALQADI(pengarang kitab di atas)
  • —  Buku ini hasil inspirasi dan galakan yang diberikan oleh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Al-Azhar sebagai jawapan terhadap tulisan seorang orientalis, Goldziher yang telah diterjemah kepada Bahasa Arab  dengan judul Mazahib  al-Tafsir  al-Islami oleh Dr. Ali Hasan Abdul Qadir dan Dr. Abdul Halim Najjar.
  • —  Penulis telah menjawab dalam buku ini kekeliruan dan kesalahan yang dilakukan oleh Goldziher dalam tulisannya dengan mendatangkan kepada para pembaca keratan tulisan Goldziher dan menjawab tuduhan tersebut secara terperinci.
Antara tuduhan yang dilemparkan oleh Goldziher dalam tulisannya ialah :-
  1. Menuduh bahawa nas al-Quran mengandungi kekeliruan dan tidak tetap.
  1. Menyatakan bahawa perbezaan Qiraat berpunca daripada tiada titik dan baris pada zaman awal penulisan Mashaf Usmani.
  1. Mendakwa bahawa perbezaan sesetengah Qiraat menyebabkan berlakunya percanggahan makna sehingga tidak dapat menghimpunkan dua makna ayat tersebut.
  1. Menyatakan bahawa sesetengah perbezaan Qiraat berlaku kerana bimbang menasabkan kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad Sallallahhu ‘Alaihi Wasaallam sifat-sifat yang tidak layak. Maka sebahagian qurra’ terpaksa mengubah beberapa kalimat al-Quran bagi tujuan tersebut.                                                                                                        
  2. Mendakwa tanpa bukti bahawa sesetengah bacaan adalah asal (asliah) sedangkan yang lain adalah pecahannya (far’iyyah). 
  3.  
                                                             Ignaz Goldziher
                      (Orientalis yang dianggap mahir dalam Al-Quran dan Hadis)
    Ignaz Goldziher (June 22, 1850 – November 13, 1921) adalah seorang tokoh utama gerakan orientalis, pengasas gerakan meragukan kesahihan hadis, dianggap pakar hadis oleh rakan-rakannya, mendakwa al-Quran diubah selepas Rasulullah Sallallahhu ‘Alaihi Wasaallam wafat dan sangat benci pada Islam.

    Antara karangannya ialah Halangan Muhammad, pengarang utama Islamic Encyclopedia, Sejarah Mazhab Tafsir Islam dan Introduction to Islamic Theology and Law (Pengenalan Aqidah dan Syariah dalam Islam)

    Sebelum Ustaz Naim menutup diskusi , ustaz sempat memberi kalam tasji' kepada kami. Diceritakan  kisah pelajar malizi di kuliyah Quran Tanta  ketika peperiksaan syafawi quran, syeikh menyoal pelajar tersebut dan pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan serta mengeluh,' pelajar malizi tak kuat ingatan macam pelajar misri(arab)'..lalu syeikh memberi nasihat, Allah tidak akan membebankan seseorang  melainkan sesuai dengan kemampuan seseorang itu. Allah juga telah memilih kamu untuk mengambil bidang ini dan memilih kmu sebagai pewaris generasi Quran kerana Allah mengetahui sejauh mana kemampuan kamu..akhirat nanti Allah tak tanya berapa banyak kamu sudah hafal quran,tapi Allah tanya berapa banyak usaha kamu untuk mengingati dan mentadabbur Al-Quran..maka berusahalah..wallahualam

    Inyaallah,jika berkesempatan saya akan berkongsi dengan sahabat2 bagaimana Syeikh Abdul Fattah menolak tuduhan jahat  Goldziher tentang Al-Quran dan Qiraat..insyallah..

    ~salam ukhuwah sekencang dakwah~

    Wednesday, July 6, 2011

    Nama Said Ramadhan yang sama tapi Al-bouti yang membezakannya

    Alhamdulillah ..hari ini kita akan berkongsi sedikit pengetahuan tentang dua tokoh yang nama mereka seakan sama tapi sebenarnya tidak serupa..pagi tadi terbaca satu comment dari facebook saya seperti berikut :



    Dan saya juga telah melawati beberapa blog dan saya  menjumpai beberapa comment di blog yang mengupas tenteng biodata Syeikh Ramadhan Al-Bouti  yang  seperti berikut:

    1. anwar al-indonisi - March 9, 2011
    saya sangat mengagumi Dr. Bouti tapi saya mensayangkan ada pihak-pihak yang memanfaatkan Dr. bouti untuk kelompoknya, saya pernah membaca disitus ada ustadz yang bilang beliau ikhwanul muslimin, jelas ini adalah pembohongan atas diri beliau, beliau adalah seorang sunnu yang bermadzhab syafi’i dan tidak setuju dengan pergerakan ikhwanulmuslimin karena menurut beliau ada perbedaan antara dakwah dengan harokah/pergerakan. hal ini bisa dilihat dari karangan 2 beliau khususnya yang berjudul Al -Jihad.
    al faraghly - June 15, 2011
    setahu ana beliau kader ikhwanul muslimin kok.. dan beliau adalah menantu Imam Hasan Al Banna – Mursyid ‘am Ikhwanul Muslimin
     
    Jadi saya tampil bagi berkongsi biodata untuk dua individu tersebut secara ringkas dan jika sahabat-sahabat mahukan maklumat lanjut sila layari link blog yang saya sertakan di akhir post saya ini.
     
           Al-Ustaz Sa'id Ramadhan rahimahullah (1929-1995M = 1345-1416H)
    al-Ustaz Sai'd Ramadhan (Abu Aiman) rahimahullah merupakan seorang ahli pidato dan pendakwah yg berasal dari Tanta, Mesir. Beliau ialah menantu kepada as-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah.

    Beliau antara individu paling rapat dengan as-Syahid. Beliau juga merupakan pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin dan mempunyai jasa yg besar dalam perjuangan umat Islam di Palestin. Beliau ialah Setiausaha Peribadi kepada as-Syahid. Beliau ialah bapa kepada Prof Tariq Ramadhan, cendekiawan Islam terkenal dewasa ini.

    Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 1995. Sebenarnya, beliau bercita-cita untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi' di Madinah tetapi hasratnya ditolak oleh kerajaan Arab Saudi. Beliau akhirnya dikebumikan di tanah airnya, Mesir yg tidak dimasuki sejak 1954. Al-Fatihah.

     Syaikh Prof Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti hafizahullah. Seorang ulama besar dari  negara Syria. Pengarang kitab Fiqh Sirah yg terkenal. 
     
    Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan JIlka, Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.
    Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

    Ini sahaja perkongsian saya, dan sahabat-sahabat boleh mengkaji dan menilainya sendiri dengan link sumber di bawah..maafkan saya segalanya..wallahualam

    sumber :Tokoh-tokoh Islam yang berperngaruh abad 20, karangan Herry Muhammad,ms 291
    http://al-aman.blogspot.com/2010/11/al-ustaz-said-ramadhan-bukan-syaikh.html