Kuliyah ,kelas, muhadharah,program,usrah,muzakarah dan yang sama waktu dengannya adalah satu situasi yang sama ,namun ianya adalah berbeza mengikut tempat dan keadaan. Saya begitu tertarik untuk mengulas isu ini kerana apabila kita berfikir panjang dan menjiwai semua watak, kita akan mengambil jalan untuk meraikan dan menhadirinya walau apa cara sekalipun melainkan ada sebab-sebab yang memang benar-benar tidak dapat kita elakkan.
Baiklah..saya cuba kecilkan skop perbincangan kita..menghadiri ke kelas atau kuliyah.Kadang-kadang sifat malas menguasai diri dan menyebabkan kita akhirnya mengambil jalan untuk tidak menghadiri kelas kerana penat. Tetapi bila mana kehadiran ke kelas akhir contohnya untuk mendapatkan muqarar@silibus peperiksaan ,maka kita bertindak di luar tabiat kita yang sebenar(kebiasaannya tidak ke kelas tapi pada hari itu ke kelas) walaupun anda penat , bak kata pepatah “ nak seribu daya, tak nak seribu dalih,”. Contoh mudah saya ambil, seseorang yang sedang dikejar harimau sanggup berlari sehabis daya untuk menyelamatkan diri daripada dibaham harimau tersebut dan kemungkinan besar juga larian pecut itu adalah yang terlaju dalam sejarah rekod kehidupannya. The main point is seseorang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan cita-cita yang diingini. Namun yang menjadi persoalannya adalah kita melihat hanya dari satu sudut yang dekat sahaja tanpa pandangan yang jauh ke hadapan.
Saya datangkan satu lagi situasi, kehadiran kita ke usrah atau muzakarah berkelompok atau program. Kita nampak usrah adalah satu halaqah kecil yang membincangkan isu-isu semasa,berkongsi pengalaman,tazkirah ,ziarah menziarah dan bermacam –macam lagi. Kadang-kadang kita sibuk membincangkan isu umat Islam tidak bersatu, tidak bermoral, kurang adab dan sebagainya tetapi sayangnya kita adalah orang yang tidak menghadiri usrah dengan pelbagai alasan yang kita cipta untuk tidak menghadirinya. Golongan ini adalah golongan yang tidak berfikir panjang serta tidak sedar sebenarnya mereka juga bakal menjadi naqibah. Mengapa saya berkata begitu?? Ini kerana, mereka mungkin bakal menghadapi situasi yang sama, tetapi mungkin tempat yg berbeza, contohnya menjadi pendidik kepada pelajar sekolah, atau mungkin menjadi pendidik(bos) pada pekerja,atau mungkin menjadi pendidik pada anak-anak masing-masing.
Pepatah inggeris yang saban hari kita dengar “what you give you get back” iaitu ‘apa yang awak beri, awak akan dapat balik,’. Dalam kehidupan kita, tidak dapat tidak kita terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung antara seorang yang sedang memimpin atau orang yang dipimpin. Justeru itu, jangan kita sedih jika akan datang anak-anak murid tidak mahu mendengar nasihat kita sebagai guru,jangan kita sedih jika pekerja kita tidak amanah dalam menjalankan tugas, jangan kita sedih jika anak-anak kita tidak suka majlis ilmu yang dianjurkan kita dan pasangan kita dalam usaha menghidupkan suasana biah solehah dalam bait muslim. Sering kali saya melihat, ramai yang menginginkan rumahtangga yang bahagia,solehah,sakinah dan mawaddah..namun gaya dan usaha untuk mencapainya lansung tidak menunjukkan kesungguhan kita untuk mendapatkannya. Ada segelintirnya menganggap perkara ini remeh namun tidak bagi saya. Generasi anda akan datang adalah anda sekarang. Mengapa saya perlu menghadiri usrah ,kuliyah dan program?? Ya.. tidak dinafikan niat kerana Allah adalah yang paling utama dalam sesuatu amalan. Bukan itu sahaja,saya juga mahukan anak-anak murid saya juga rajin ke kelas,saya juga mahu pekerja-pekerja saya rajin dalam menjalankan amanah,saya juga mahu anak-anak saya juga suka dengan majlis-majlis ilmu yang saya dan suami saya laksanakan dalam menghidupkan biah solehah dalam keluarga saya.
Sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian, marilah bersama-sama kita berfikiran jauh dan rasional sebelum bertindak kerana hasil yang terbentuk akan datang adalah dari pilihan kita pada hari ini.Kita mahu orang lain menghormati kita,kita mulakannya dengan kita menghormati orang lain terlebih dahulu, kita mahu orang lain menerima kelemahan kita,kita perlulah menerima kelemahan orang lain. Akhir kalam,saya akhiri dengan Firman Allah swt :
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan jalan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikannya itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya,” ~surah as-syams :8-10
No comments:
Post a Comment