copied from : WeLove Islam
http://www.facebook.com/home.php#!/TAC6326Satu penantian mencari pasangan jiwa, cukup menguji kesabaran dan keimanan didalam dada.. kerana manusia itu menanti hadir sebahagian jiwanya.
Kekadang terasa gelisah membasahi jiwa, adakalanya hati berlumuran dengan kecewa. Ada juga kegembiraan mulai terasa, tidak kurang juga ada bahagia telah meliputi kehidupannya..
Dalam mencari cinta manusia, janganlah terlalu mengharap pada si dia, kerana dia tetap seorang manusia. Sedangkan kita sendiri tak mampu menilai hati kita, inikan pula untuk mengetahui sepenuh isi hatinya.
Maka, serahkan pada Allah Ta'ala sebagai penentunya, disamping ikhtiar dan usaha pembuka wadahnya, sebagai tanda seorang hamba kepada Pencipta.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik akan sesuatu perkara, maka bergantung haraplah kepadaNya sepenuh jiwa, kerana kita sendiri adakalanya keliru dalam menentukan keinginan jiwa.
Allah itu maha sempurna dan berkuasa, dan manusia itu ciptaanNya yg sempurna.. Bukannya bererti sempurna manusia pada sifat dan sikapnya, kerana disebaliknya pasti ada kelebihan dan kekurangan yg berbeza2. Yang dinamakan makhluk sempurna untuk membuktikan kebesaranNya, sebagai satu tanda untuk kita mensyukuriNya setiap masa..~
Tiada siapa tidak mahu merasai cinta, kerana cinta itu fitrah naluri seorang manusia. Jika tanpanya akan terasa satu kekurangan di jiwa, mencari dan gelisah kerana terasa ada yang tidak kena.. itulah yang dinamakan cinta seorang manusia,
" dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan,"[An-Najm ayat 45]
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Ar-Ruum ayat 21]
Namun begitu, cinta manusia itu bukanlah segala-galanya, kerana cinta yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya.. Cinta manusia hanya sebagai pelengkap jiwa dan kehidupan dunia, tetapi cintaNya adalah untuk kesempurnaan bagi segala-galanya...~
Maka, janganlah terlalu gelisah jika tiada cinta manusia, namun teruskan memohon kepadaNya agar dikurniakan cinta sejati dari manusia, semoga dengannya mendekatkan lagi jiwa kepada Yang Maha Esa.
Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Biarlah hati tertarik pada agamanya, kerana agama itu yang membawa jiwa manusia kearah bahagia.. Tetapi ada yang mencintai kerana rupa, ada juga kerana harta mahupun keturunan mulia.. Tidak salah untuk mencintai itu semua, tetapi sedarilah hakikat, kecantikan itu akan pudar dimakan usia, harta pula akan berkurangan sentiasa kerana selalu diguna, berketurunan mulia bukanlah bererti mulia akan segala-galanya..
Menjadi kebimbangan bila cantik mulai pudar, harta semakin berkurangan didunia, dan keturunan itu semakin dipinggirkan oleh manusia, semakin itulah berkurang dan hilangnya cinta dan kasih sayang kita kepada si dia...~
Ingatlah hakikat, jika tiada agama, tidak berfaedah akan kecantikan rupa, tidak bernilai akan kekayaan harta, tidak berguna walaupun berketurunan mulia.
Biarlah hati bersatu dengan hati si dia kerana agama, moga nafsu dunia mudah dirantai disepanjang kehidupan dunia.
"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.
No comments:
Post a Comment