"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Monday, July 4, 2011

Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah


BAHTERA PENYELAMAT
Oleh Fathi Yakan


MUQADDIMAH

Buku ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya sampaikan dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri-ciri dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru kepada Allah Subhanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani, mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Buku ini mengandungi 4 persoalan asas:

PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
itu ialah:
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

KEDUA --- Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:
i) Orang yang sentiasa bertaubat
ii) Orang yang ‘abid
iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Orang yang berpuasa atau berkelana
v) Orang yang rukuk dan sujud
vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar
vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu Wata’ala

KETIGA — Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak
ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur
iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan
memperkatakan yang bathil
v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap

KEEMPAT —Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:
i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya
ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung
kepadaNya
iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala
v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala
vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala
vii) Redha
viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam

 Semoga kita beroleh manfaat darinya..

No comments:

Post a Comment