"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Friday, July 6, 2012

SALAH FAHAM


Assalamualaikum..

Perselisihan sentiasa terjadi dalam kita berukhuwah. Namun perlu ada yang mengalah demi menjaga sebuah persahabatan. Namun bukanlah niat saya untuk membicarakan soalnya ukhuwah, tapi ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang saya berada di bumi Anbiya’ ini.

Pernah saya terdengar seseorang berkata “Aku boleh hidup sorang, Allah kana ade!” “alah, kalau Allah nak takdirkan kita kene langgar, kene langgar jugak..” Ungkapan seperti ini adalah virus dalam kehidupan kerana kita hanya biarkan kehidupan berlalu tanpa ada usaha dan ikhtiar, sedangkan Allah memberi  pilihan kepada manusia.

 Firman Allah dalam surah As-syams ayat 7-10 :

 7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), (QS. 91:7)
8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8)
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)

Syeikh Hussen al-Ashry juga pernah berpesan kepada saya dan sahabat-sahabat ketika dalam satu muhadharah, “Kita tidak boleh menguji Allah tapi Allah jualah yang berhak menguji hambanya, saya nak tanya kamu semua, logikkah seorang manusia berkata, aku nak study atas jalan lah, kalau aku mati kene langgar, matilah, kalau hidup hiduplah..sedangkan kita dah tahu jalan itu laluan yang bahaya begitu juga kalau kita nak berjaya. Satu hari Syeikh Hussein Al-Ashry mengulas peristiwa Maryam melahirkan Nabi Isa a.s, surah Maryam : 25)''Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yg masak kepadamu''~Allah m'beri sesuatu pada hambaNya dengan bersebab dan  Allah tidak memberi sesuatu pada hambaNya melainkan setelah seseorang  itu berusaha,  walaupun usahanya sedikit dan dengan Kekuasaan Allah, sebenarnya Allah mampu memberi terus kurma pada Maryam tapi Allah mahu Maryam mengangkat tangannya ke pohon kurma sebagai tanda usahanya dan menjadi asbab untuk Maryam mendapatkan kurma..”
 Islam mengajar manusia membuat pilihan, Firman Allah dalam surah Yunus : [44]
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”

Jadi segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah s.w.t. namun manusia masih diberi pilihan. Qada terbahagi kepada dua 1) Qada’ Mubram iaitu qada yang tidak dapat diubah seperti ajal 2) Qada’ Muallaq iaitu qada’ yang dapat diubah dengan doa , usaha dan tawakal.
Akhir kalam, berusahalah selagi termampu kerana Allah suka hambaNya yang meminta. Firman Allah :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

~untuk bejaya kita carilah asbab untuk kita berjaya, jika kita mahukan sesuatu, maka carilah asbab untuk mendapatkannya..begitulah pepatah, rezeki tak datang bergolek..:)

SALAM MUJAHADAH MENUJU RAMADHAN KAREEMM..


No comments:

Post a Comment