"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Sunday, July 10, 2011

QIRAAT DALAM PANDANGAN ORIENTALIS DAN ATHEIS


 Mansurah-Egypt,9 Julai 2011,satu diskusi kitab Al-Qiraat Fi Nazaral Mustashriqin wal Mulhidin telah dijalankan di DPJA yang disampaikan oleh Us Naim Hassan, Mantan Pengerusi Syoubra 2010. Alhamdulillah ..pada hari ini saya ingin berkongsi bersama-sama sahabat-sahabat  tentang apa yang telah saya dapat semalam. Sebelum kita pergi kepada buku ini, saya ingin memberi sedikit pengenalan tentang apa itu qiraat..ye apa itu Qiraat?? Qiraat adalah perkataan jama' kepada perkataan qiraah,yang membawa maksud himpunan bacaan-bacaan yang berbeza sama ada bacaan mutawatir, masyhur, ahad ,shaz atau tiada sanad lansung dari Nabi Muhammad s.a.w. Beberapa ulama' iaitu Imam Jazari, Imam Al-Qadi Jalaluddin Al-Baiqalani, Imam Abu Syamah, dan lain-lain lagi tampil memberi pandandan dalam kitab Itqan Ulum Quran karangan Imam Suyuti. Berikut adalah buku yang kami diskusikan semalam.

QIRAAT DALAM PANDANGAN ORIENTALIS DAN ATHEIS
SYEIKH
                ABDUL FATTAH ABDUL GHANI ALQADI(pengarang kitab di atas)
  •   Buku ini hasil inspirasi dan galakan yang diberikan oleh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Al-Azhar sebagai jawapan terhadap tulisan seorang orientalis, Goldziher yang telah diterjemah kepada Bahasa Arab  dengan judul Mazahib  al-Tafsir  al-Islami oleh Dr. Ali Hasan Abdul Qadir dan Dr. Abdul Halim Najjar.
  •   Penulis telah menjawab dalam buku ini kekeliruan dan kesalahan yang dilakukan oleh Goldziher dalam tulisannya dengan mendatangkan kepada para pembaca keratan tulisan Goldziher dan menjawab tuduhan tersebut secara terperinci.
Antara tuduhan yang dilemparkan oleh Goldziher dalam tulisannya ialah :-
  1. Menuduh bahawa nas al-Quran mengandungi kekeliruan dan tidak tetap.
  1. Menyatakan bahawa perbezaan Qiraat berpunca daripada tiada titik dan baris pada zaman awal penulisan Mashaf Usmani.
  1. Mendakwa bahawa perbezaan sesetengah Qiraat menyebabkan berlakunya percanggahan makna sehingga tidak dapat menghimpunkan dua makna ayat tersebut.
  1. Menyatakan bahawa sesetengah perbezaan Qiraat berlaku kerana bimbang menasabkan kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad Sallallahhu ‘Alaihi Wasaallam sifat-sifat yang tidak layak. Maka sebahagian qurra’ terpaksa mengubah beberapa kalimat al-Quran bagi tujuan tersebut.                                                                                                        
  2. Mendakwa tanpa bukti bahawa sesetengah bacaan adalah asal (asliah) sedangkan yang lain adalah pecahannya (far’iyyah). 
  3.  
                                                             Ignaz Goldziher
                      (Orientalis yang dianggap mahir dalam Al-Quran dan Hadis)
    Ignaz Goldziher (June 22, 1850 – November 13, 1921) adalah seorang tokoh utama gerakan orientalis, pengasas gerakan meragukan kesahihan hadis, dianggap pakar hadis oleh rakan-rakannya, mendakwa al-Quran diubah selepas Rasulullah Sallallahhu ‘Alaihi Wasaallam wafat dan sangat benci pada Islam.

    Antara karangannya ialah Halangan Muhammad, pengarang utama Islamic Encyclopedia, Sejarah Mazhab Tafsir Islam dan Introduction to Islamic Theology and Law (Pengenalan Aqidah dan Syariah dalam Islam)

    Sebelum Ustaz Naim menutup diskusi , ustaz sempat memberi kalam tasji' kepada kami. Diceritakan  kisah pelajar malizi di kuliyah Quran Tanta  ketika peperiksaan syafawi quran, syeikh menyoal pelajar tersebut dan pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan serta mengeluh,' pelajar malizi tak kuat ingatan macam pelajar misri(arab)'..lalu syeikh memberi nasihat, Allah tidak akan membebankan seseorang  melainkan sesuai dengan kemampuan seseorang itu. Allah juga telah memilih kamu untuk mengambil bidang ini dan memilih kmu sebagai pewaris generasi Quran kerana Allah mengetahui sejauh mana kemampuan kamu..akhirat nanti Allah tak tanya berapa banyak kamu sudah hafal quran,tapi Allah tanya berapa banyak usaha kamu untuk mengingati dan mentadabbur Al-Quran..maka berusahalah..wallahualam

    Inyaallah,jika berkesempatan saya akan berkongsi dengan sahabat2 bagaimana Syeikh Abdul Fattah menolak tuduhan jahat  Goldziher tentang Al-Quran dan Qiraat..insyallah..

    ~salam ukhuwah sekencang dakwah~

    No comments:

    Post a Comment