"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Tuesday, June 7, 2011

FIQH AL-MAQASID

Perkataan Maqasid al-syariah membawa maksud “objektif syariah”. Objektif syariah membawa maksud , pemahaman terhadap objektif disebalik pensyariatan hukum hakam syariah. Secara ringkasnya, syariah Islam diutuskan kepada manusia untuk menjaga kepentingan (maslahah)
Manusia di dunia dan akhirat. Kepentingan atau maslahah ini terbahagi kepada 3 peringkat :
1.      Daruriyyat (keperluan asasi)
2.      Hajiyyat (keperluan pelengkap)
3.      Tahsiniyyat (keperluan pelengkap)
Daruriyyat merupakan keperluan yang paling utama dan yang paling ketara dipelihara oleh syariat. Daruriyyat telah dibahagikan kepada 5 kategori utama, iaitu :
1.      Hifz Din (penjagaan agama)
2.      Hifz Nafs (penjagaan nyawa)
3.      Hifz Aqal (penjagaan akal)
4.      Hifz Nasbi (penjagaan keturunan)
5.      Hifz Mal (penjagaan harta)
Kelima-lima unsur di atas adalah unsur yang paling asas dalam kehidupan manusia. Jika kelima-lima perkara tersebut tidak terpelihara, maka kehidupan akan kucar- kacir atau kehidupan akan ditimpa kemudharatan sama ada di dunia mahupun akhirat. Maka syariat Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk memelihara kelima-lima perkara tadi.
Berteraskan konsep penjagaan terhadap 5 keperluan asasi (daruriyyat)  dan juga susunan keutamaannya, maka Fiqh Al-Maqasid diilhamkan. Maka sebarang fatwa yang ingin dihasilkan , ataupun sebarang ijtihad di zaman moden hendaklah mengambil kira konsep penjagaan kelima-lima daruriyyat tersebut. Sebarang aktiviti dakwah dan harakah juga hendaklah selari dengan ruh maqasid ini. Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai fiqh al-Maqasid oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi.
~sumber ‘ Majalah I’ November 2007~

1 comment: