"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya" surah An-Nisa' :59

Tuesday, June 7, 2011

MENGENALI FIQH IJTIHAD AL-QARADAWI


                                               Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Di dalam buku terbarunya,”Usul Manhaj al-Ijtihad,”pendakwah dan pemikir terkenal dari Iraq, Muhammad Ahmad al-R ashid ada membicarakan tentang Fiqh Al-Qaradawi. Buku setebal empat jilid yang membicarakan tentang manhaj Ijtihad dan fatwa bagi para pendakwah itu telah mengambil manhaj atau metod al- Qaradawi sebagai kes studinya. Sebagai seorang yang bukan sahaja mahir dengan ilmu usul-fiqh dan sejarah Islam, beliau amat mengagumi al-Qaradawi.
Menurut al-Rashid, Dr. Yusuf al-Qaradawi merupakan pelopor metod wasatiyyah (sederhana) di dalam bidang fiqh hukum. Bukan sekadar kemampuannya mengistinbat hukum melalui sumber-sumbernya dengan penuh teliti, malah al-Qaradawi turut mengambil kira unsur luaran dan perubahan di dalam mengeluarkan sesuatu fatwa atau ijtihad. Beliau menggelar al-Qaradawi sebagai ‘mercu tanda kesederhanaan’ di dalam beragama. Lebih menarik lagi metod al-Qaradawi konsisten sama ada dalam persoalan hukum mahupun dalam persoalan dakwah dan harakah. Manhaj al-Qaradawi ini juga dianggap sebagai mithali kepada para pendakwah oleh Rashid.
Menurut al-Rashid, al-Qaradawi menekankan kepentingan lima jenis fiqh yang sepatutnya dimiliki oleh para pendakwah dan para ulama’. Lima jenis fiqh yang dimaksudkan adalah :
1.      Fiqh al-Maqasid
2.      Fiqh al-Awlawiyat
3.      Fiqh al-Sunan al-Kawniyah
4.      Fiqh Muwazanat
5.      Fiqh al-Ikhtilaf
Sebelum kita pergi kepada maksud dan perincian tentang kesemua jenis fiqh tersebut, perlulah dijelaskan satu perkara yang amat penting. Fiqh yang dimaksudkan di sini bukanlah fiqh yang difahami secara konvensional, iaitu fiqh hukum hakam, ataupun lebih sempit lagi fiqh yang berkaitan dengan fiqh hukum hakam ibadat seperti solat, puasa, haji dan zakat. Fiqh yang dimaksudkan di sini adalah ‘ilmu’ dan kefahaman mendalam terhadap sesuatu perkara.
~sumber Majalah I keluaran November 2007~
*selepas ini insya Allah kita akan membincangkan kesemua fiqh yang dipromosikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam post yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment